[ info ] #PRAY4MH370 : Penduduk Maldives lihat 'Pesawat Jumbo Terbang Rendah' Pada 8 Mac !

Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives juga di khabarkan terdapat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, ini mungkin tanda positif bahawa pesawat tersebut mungkin mendarat di sana.
Mengkikut penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives dilaporkan melihat sebuah "pesawat jumbo terbang rendah" di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.
Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru Online, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.
Skim warna itu adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.
Saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives, dan kesemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau.
Salah seorang saksi dapat melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetuji oleh seorang saksi lain.
"Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat," kata saksi, dan dilaporkan bahawa Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.
Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal , berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada 8 Mac, mendapat perhatian antarabangsa sejak kehilangannya pada awal pagi hari yang sama. Credit Mstar 


1 ulasan:

Ya Allah..mudah2an ianya juga adalah satu petunjuk di mana MH370 skrng

Reply