[ info ] #PRAY4MH370 : Khairul Amri jurutera pesawat peribadi pula disiasat !

Selamat menunjukan gambar anaknya Khairul Amri 
Jurutera pesawat, Mohd Khairul Amri Selamat, 29, rakyat Malaysia yang dikatakan berkhidmat dengan syarikat jet peribadi seperti tersebar di laman sosial kini juga di siasat dalam mencari petunjuk mengenai kehilangan pesawat MH370
Sebagai jurutera yang pakar dalam jet eksklusif, Khairul tidak perlu menguasai semua pengetahuan penerbangan bagi menerbangkan pesawat komersial.
Khairul sebelum ini mendakwa dia bekerja di firma jet catar berpengkalan di Switzerland iaitu Execujet Aviation Group namun syarikat itu enggan mengesahkan kedudukan Khairul.
“Kami tidak boleh dedahkan semua. Kami mahu melindungi privasi keluarga,” menurut sumber syarikat itu.
Khairul, bapa kepada seorang anak baru-baru ini membeli sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur dan mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai jurutera pesawat, kata bapanya, Selamat Omar.
Beliau enggan mengulas sama ada anaknya terlibat dalam perbuatan tersebut atau tidak.
Selamat berkata, dia dan keluarganya sepatutnya berkunjung ke rumah baru Khairul pada bulan ini namun anaknya berkata mempunyai tugas di Beijing.
“Khairul rajin bekerja dan seorang anak yang baik. Dia akan datang melawat kami sekurang-kurangnya sekali sebulan,” kata Selamat.
Manakala kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat jurutera pesawat yang juga merupakan penumpang dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang selain memfokuskan kepada juruterbang dan sesiapa yang mempunyai kemahiran teknikal penerbangan. Credit Mynewshub .


2 ulasan

dah semakin meluas skop pencarian MH370... apa2pun keep on praying for MH370...

Reply

berdebar pulak rasa

Reply