[ info ] #PRAY4MH370 : Keluarga penumpang MH370 dari China serbu sidang media ?

Ketika sebelum sidang media berkenaan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 petang semalam di Hotel Sama-Sama, Sepang beberapa orang keluarga penumpang warga China menyerbu lokasi sidang media untuk menuntut lebih penjelasan.
Menurut laporan Astro Awani menerusi laman webnya, enam ahli keluarga itu tiba-tiba meluru masuk pada kira-kira pukul 4.30 petang  sambil membawa kain rentang yang tertulis Kami membantah kerajaaan Malaysia lambat menyelamatkan penumpang dan mendesak bawa ahli keluarga pulang tanpa sebarang syarat.
Terdapat sesetengah dari mereka melaung meminta agar ahli keluarga mereka dikembalikan sebelum mereka dibawa keluar pihak keselamatan dari bilik sidang media.
Pihak keselamatan kemudian menempatkan mereka di dalam bilik sekretariat buat sementara waktu.
Hari ini sudah masuk hari ke-12 pesawat MH370 hilang dari radar selepas terputus hubungan pada hari Sabtu 8 Mac lepas.
Pesawat berkenaan dilihat daripada data radar Tentera Udara,Sejak hilang pada 8 Mac, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan dan kini ia diperluaskan ke kawasan dua koridor yang dikenalpasti iaitu di Koridor Utara dan Selatan dari sekitar Kazakhstan sehingga ke Pulau Krismas berhampiran negara benua Australia.sumber


1 ulasan:

memang kecoh kat Beijing sana kan?

Reply