[ info ] #PRAY4MH370 : Kekasih pembantu juruterbang MH370 di beri cuti sebulan !

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul begitulah yang di alami oleh insan-insan yang mana orang yang mereka sayang masih hilang tanpa berita bersama pesawat MH370.

Bagi Kapten Nadira atau nama sebenar Nadira Ramli,  26 Tahun yang juga juruterbang AirAsia, kekasih kepada pembantu pilot MH370 Mohd Fariq, beliu juga kini turut sama bersedih bersama-sama rakyat Malaysia di atas kehilangan Fariq dan Pesawat MH370.
Farid Abdul Hamid, 27 tahun yang hilang bersama-sama dengan pesawat Malaysia Airlines MH370, 8 Mac lalu, pasangan itu turut merancang untuk melangsungkan perkahwinan. 

Beliau yang juga anak kepada seorang juruterbang kanan Mas telah diberi cuti sebulan oleh pihak Air Asia untuk menenangkan diri dalam menghadapi tragedi kehilangan pesawat MH370 dan juga teman lelakinya Fariq.

Nadira merupakan anak bongsi Kapten Ramli Ibrahim dan Nancy Jipanis (berasal dari Penampang Sabah) kini dilaporkan berada di sisi ibu Fariq yang tidak tidur hampir 3 hari di sebuah hotel yang lokasinya tidak didedahkan di sekitar Kuala Lumpur. 
Fariq merupakan anak bongsu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Abdul Hamid Mad Daud, yang membantu juruterbang Kapten Zaharie bin Ahmad Shah dalam penerbangan yang hilang dalam perjalanan ke Beijing awal Sabtu lalu. 

Fariq yang memulakan kerjayanya dengan MAS pada tahun 2007 mengenali Nadira selama sembilan tahun dan berkenalan semasa belajar bersama-sama di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi, Kedah. Saudara terdekat menyifatkan Nadira sebagai seorang yang tenang dalam menghadapi kesukaran dan menjadi tonggak kekuatan kepada ibu Fariq yang menanti kepulangan anaknya

Pelbagai spekulasi mengenai Farid dan wanita warga Australia di laman kokpit kapal terbang yang disensasikan oleh media barat dan itu sedikit sebanyak telah mencalarkan emosi Nadira dan juga keluarga Fariq. Nadira juga memberitahu keluarganya supaya tidak mempercayai laporan negatif terhadap Fariq seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa baru-baru ini. 

Dipercayai syarikat penerbangan Air Asia mempunyai juruterbang wanita paling ramai di ASEAN dan mempunyai juruterbang wanita berpangkat Kapten pertama di ASEAN iaitu Kapten Norashikin Onn.

Semoga Nadia tabah kami rakyat Malaysia dan seluruh dunia sentiasa mendoakan semoga Faliq dan semua dalam pesawat MH37O selamat. Credit klik-aje


2 ulasan

Kenapa lah ada macam isu kan huhu

Reply

Semoga semuanya tabah mengharungi musibah ini...teruskan berdoa memohon petunjuk drp Allah s.w.t

Reply