[ info ] #MH370 : Solat jenazah ghaib tidak perlu sekarang !




Putrajaya: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebentar tadi memutuskan pelaksanaan solat jenazah ghaib ke atas penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 yang beragama Islam tidak diperlukan buat masa sekarang.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, berkata ia berikutan pihak berkuasa yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat masih belum menemui mayat, sebahagian mayat atau cebisan mayat, beliau berkata demikian pada sidang media sebentar tadi.