[ info ] MH370 : Raja Bomoh teropong dan seru mayat di laut Pulau Sembilan, Perak !

Walaupun terus di kritik hebat oleh pihak-pihak tertentu " Raja Bomoh " Ibrahim Mat Zain terus berusaha dengan cara nya bagi membantu mengesan mangsa-mangsa pesawat MH370 yang kini di kata kan berakhir dan hilang di Selatan Lautan Hindi.

Ritual " Seru Mayat " oleh Raja Bomoh telah di muat naik dilaman perkongsian Youtube dan kini di tonton lebih 75,000 kali, video ini antaranya memaparkan Raja Bomoh dan empat sahabatnya  menaiki bot sambil salah seorang daripadanya membuat gaya meneropong. 
Video itu juga memaparkan aksi menguis kayu berbentuk seperti tongkat ke dalam air seolah-olah mencari sesuatu.

Dalam babak yang lain, dipaparkan pula dua lelaki merentang buluh panjang yang digantung dengan beduk dan diketuk berapa kali sebelum diikuti Azan di pinggir laut.

Ini lah cara yang di lakukan oleh Raja Bomoh Ibrahim Mat Zain beliau tidak pernah jemu berikhtiar walaupun kini beliau di kritik hebat kerana di katakan mengamalkan perbuatan “khurafat dan syirik”.