[ info ] Langkah Kajang kini terbukti - Kak Wan

Spekulasi siapa akan menakluk " Kajang " sudah berakhir malam tadi kini terbukti sudah siapa pilihan wakil rakyat bagi " Dun " Kajang, Tahniah Datin Seri Wan Azizah atas kemenangan tersebut.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'.

Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7.

Saya bersyukur kerana kemenangan ini begitu manis sekali, kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.

'Langkah Kajang' itu merujuk kepada strategi PKR untuk membolehkan pilihan raya tersebut diadakan dan seterusnya bagi menawan Putrajaya.

Wan Azizah juga berkata, jenteranya mendapati sokongan meningkat di kalangan pengundi muda Melayu, yang menurutnya menunjukkan trend positif.

Faktor itu juga menyumbang kepada kemenangan PKR di peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima yang sebelum ini dikuasai merupakan kubu kuat Umno, katanya.

Mengulas perkara sama, ketua pembangkang Datuk Sri Anwar pula berkata kemenangan itu menyaksikan golongan Melayu yang menyokong BN pada pilihan raya umum lalu telah kembali kepada Pakatan Rakyat.

Wan Azizah yang mewakili PKR menang pilihan raya kecil Kajang dengan majoriti 5,379 undi,PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi,seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya hari ini.

Tahniah kepada pemenang tunaikan tanggungjawab dan mandat yang diberikan kepada yang tewas cuba lagi mungkin ada kelemahan dan kekurangan yang menyebabkan anda tewas. Credit MK 



1 ulasan:

tahniah kepada wakil yg menang.

Reply