[ info ] Khalwat : Zuraidah dan ahli perniagaan mengaku tidak bersalah !

Zuraidah dan Burhanuddin
KANGAR: Ketua Puteri Umno Perlis, Zuraidah Zainal Abidin dan seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini Rabu atas tuduhan khalwat.
Zuraidah, 34, yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Arau, dan Burhanuddin Ismail didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik sebuah hotel di Persiaran Jubli Emas di sini, kira-kira pukul 1.30 pagi 3 Mac.
Zuraidah, dari Kampung Changkat Lada, Mata Ayer dan Burhanuddin, dari Jalan Hiliran di Terengganu, didakwa melakukan kesalahan itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (1) (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan membawa hukuman denda RM5, 000, atau penjara tiga tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Jaidi Ahmad menetapkan kes itu disebut semula pada 14 Mei.
Pendakwa Ketua Syariah Khairul Anuar Ahmad melakukan pendakwaan manakala Zuraidah dan Burhanuddin diwakili peguam Syariah Rabiatul Adawiah Ramli. Credit Mstar


1 ulasan:

hanya Allah SWT yang tahu apa sebenarnya yang berlaku...

Reply