[ Hot ] Julia Perez dalam " Fobia Malam pertama " arahan Murali Abdullah kini di pawagan !

Fobia Malam pertama lakonan pelakon " Hot " negara seberang Julia Parez bersama pelakon-pelakon negara ini,  sebut sahaja ‘Fobia Malam Pertama’, pasti ramai yang mengaitkan cerita ini dengan kisah-kisah yang tidak sepatutnya mungkin berunsur-unsur seks di selitkan dalam jalan cerita filem ini.
Bagaimanapun, filem ini tidaklah seperti yang disangka, malah lebih banyak mesej berguna cuba disampaikan melaluinya.

Menurut pengarahnya, Murali Abdullah, filem ini mengisahkan berkenaan masalah sosial yang dilalui golongan wanita dan pada masa sama turut memberi mesej yang berguna buat golongan lelaki.

Jom layan 6 sudatan gambar Filem " Fobia Malam Pertama " 







Nak Lihat Triller Filem Ini " Klik Sini "
Sebenarnya cerita ini adalah berdasarkan kisah benar di mana terdapat seorang wanita mengalami fobia untuk mendirikan rumah tangga.

Memang ada beberapa unsur seks yang diselitkan dalam filem ini namun ia tidaklah melambangkan sesuatu yang lucah tapi lebih kepada mesej berguna kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga,” jelasnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana di TGV, One Utama, kelmarin.

Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Azad Jasmin, Shafnida Syuhaimi, Julia Perez, Razali Hussain, Faizal Hussein, Zarina Zainoordin, Khairil Anuar, dan ramai lagi. Credit Sinar Harian.