[ Gossip ] Shila Amzah terus harumkan namanya dan budaya Malaysia di China !

Shila Amzah terus harumkan namanya dan nama Malaysia di China ramai yang sudah tahu penyanyi yang popular dengan lagu ‘Patah Seribu’, Shila Amzah kini menyertai sebuah pertandingan program realiti nyanyian di China yang diberi nama I Am A Singer .

Walaupun terpaksa bersaing dengan ramai peserta-perserta dari negara tersebut dengan berbagai image pakaian shila tetap menonjol dengan pakaian nya ala timur dan gadis Malaysia yang bertudung.


Terkini, persembahan pertamanya pada 21 Februari lepas mengejutkan ramai pihak apabila Shila mendapat tempat ke dua pada pusingan kali itu.
Tampil dengan persembahan bertenaga dan penuh penghayatan, Shila akur dengan keputusan apabila mendapat tempat kedua selepas tewas kepada Peserta dari China, Han Lei.
Walaubagaimanapun, ia merupakan satu pencapaian terbaik buat Shila setakat ini kerana berjaya menduduki ranking Top 3 menewaskan pencabar terdekatnya G.E.M.
Selain itu, Shila turut menerima maklumbalas baik dari peminat dan penyokongnya yang rata-rata teruja dan berpuas hati dengan persembahan Shila malam itu. Credit OB dan Xuan.


1 ulasan:

Tahniah, keoada beliau.

Reply