[ Gossip ] Nora Danish nafi dakwaan Majlis Harijadinya di Kelab Haram !

KUALA LUMPUR : Pelakon jelita, Nora Danish Mohd. Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish (gambar kecil) menyangkal dakwaan kononnya dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 di sebuah kelab malam haram yang terletak di Bandar Utama, Selangor.
Sebaliknya, Nora, 32, menegaskan, dia hanya menyambut hari jadinya pada 7 Mac lalu di sebuah restoran di Damansara, Selangor.
“Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.
Nora sambut Hari Jadi di Whitedistrict KL
“Gambar-gambar yang dimuat naik itu jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera kad nama para jemputan.
“Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam seperti yang disebarkan di laman-lama sosial,” luahnya.
Respons Nora itu sebagai menjawab pertanyaan mengenai dakwaan dirinya yang dikatakan menyewa sebuah bilik bernilai RM5,000 di sebuah kelab malam mewah di Bandar Utama untuk meraikan hari lahirnya pada Sabtu lalu bersama beberapa teman rapatnya.
Ibu kepada seorang anak itu turut dilaporkan sempat meloloskan diri sebaik sahaja pihak berkuasa tempatan menyerbu premis hiburan yang tidak berlesen itu. Credit Kosmo !