[ Gossip ] Madonna jadi model tayang bulu Ketiak di Instagram ?

Ini lah kisah selebriti barat mereka lebih suka menonjol dengan benda yang pelik-pelik dengan apa yang mereka lakukan untuk perhatian umum, bulu ketiak pun mereka boleh tunjuk pada umum untuk perhatian.
Tidak manis sekiranya seorang wanita berbulu ketiak lebat,mungkin mereka terlupa untuk mencukurnya atau pun memang sengaja mahu menarik perhatian sesetengah pihak.
Seperti mana yang dilakukan penyanyi Madonna, yang dilihat tidak mempedulikan perkara tersebut apabila dengan selambanya menayangkan bulu ketiaknya di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Dengan keterangan gambar, “long hair…Don’t Care!!!”, penyanyi Like A Virgin itu kelihatan seksi dengan hanya menggayakan bra berwarna hitam bersama ‘bow tie’ dari rona yang sama.
Sebelum ini, pelakon Julia Roberts juga pernah membuat tindakan yang serupa ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Nothing Hill pada 1999, itulah kisah selebriti barat yang mana apa yang mereka lakukan sering menjadi ikutan walau ianya negetif. Credit Terengganu Today