[ Gossip ] Erra Fazira terkejut di kaitkan dengan Ku Nan !



Ini lah yang berlaku kepada selebriti popular Erra Fazira yang mana tiba-tiba dia dikaitkan dengan seorang Menteri selepas dia kini berstatus ibu tunggal ,timbul khabar-khabar angin yang mengaitkan beliau dengan Menteri tersebut.

Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan, apabila disebut nama penuhnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saya macam pernah dengar. 

Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan," ulas primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira.

Erra berkata, berita hubungan Erra dengan Menteri Wilayah Persekutuan itu yang disampaikan oleh pengurusnya, Pauzi Samad, memang mengejutkan sekaligus mengganggu tumpuannya untuk teater muzikal Suara Kita anjuran Awie dan turut disertai oleh Ziana Zain.

Sebenarnya jadual saya begitu padat sekarang sehinggakan tidak dapat bercuti bersama kakitangan. Pengurusan telah menyusun jadual kerja saya sehingga Jun,"katanya yang akan kembali sibuk dengan rakaman program Primadona dan penggambaran drama arahan Erma Fatima selepas ini.

Di harap Erra bersabar dengan setuasi ini mungkin ini dugaan untuk Erra setelah bergelar ibu tunggal tumpukan kepada kerjaya ,tingkatkan prestasi lupakan kontroversi .

Manakala Ku Nan pula seorang pemimpin yang di hormati dan di kenali semesti nya lah dia ada mengenali  ramai orang popular ini lah menyebabkan desas-desus yang mengaitkan nya dengan selebriti popular itu. Credit HM