[ Gossip ] 4 Gambar cute Izzah Zie kekasihnya Hafiz Suip !

Sebelum ini penyanyi kelahiran Sarawak, Hafiz Suip lebih selesa untuk mengunci mulut daripada bercerita mengenai teman wanitanya.

Sehinggalah baru-baru ini sebuah portal hiburan menyiarkan foto Hafiz bersama seorang gadis yang dikenali dengan nama Izzah Zie yang juga berasal dari Sarawak.
Mengulas mengenai perkara itu kata Hafiz, dia mengakui sedang berkawan rapat dengan gadis yang dimaksudkan. Namun begitu, dia masih merahsiakan identiti individu tersebut memandangkan statusnya sebagai seorang penuntut universiti.


Saya tidak menyembunyikan hubungan kami. Kalau ada yang ternampak kami bersama di luar rasanya tiada masalah, cuma saya tidak mahu realisasikan perkara yang tidak benar.
Bagi saya, kami melalui kehidupan biasa seperti orang lain dan saya ada perancangan sendiri,kata orang, sebelum tamatkan zaman bujang, saya perlu tempuhi pelbagai pancaroba yang ada di depan mata untuk persediaan hari akan datang, ujarnya. Credit Kosmo!