[ Gempar ] 6 Gambar kesan dan letupan Kilang baja di Sarawak umpama " Bom Atom " !

SERIAN : Satu letupan kuat disusuli kepulan asap yang menjulang di udara menggemparkan penduduk sekitar apabila sebuah kilang baja, Buma Autopart Enterprise di Kawasan Perindustrian Ringan, Jalan Kuching-Serian di sini meletup dan runtuh kira-kira pukul 3 petang semalam.
Menurut jurucakap bomba, sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian, Siburan dan Tabuan Jaya dengan 20 anggota serta pegawai bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada pukul 3.05 petang.




Sebaik tiba di tempat kejadian, kita mendapati kilang tersebut telah runtuh sepenuhnya. Kita juga berjaya mengeluarkan pekerja kilang itu yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Daerah Serian untuk rawatan lanjut.
Selain itu, pihak bomba turut memadamkan sisa-sisa kebakaran kerana dikhuatiri merebak ke bangunan berhampiran,katanya. Credit Kosmo!, Tv3 , Borneo Post.