[ Gempar ] 3 Gambar Enjin Pesawat Melindo Air bawa Pemain Bolasepak Terengganu terbakar !


Pemain pasukan bola sepak Terengganu berhadapan detik cemas apabila pesawat Malindo Air yang mereka naiki untuk pulang ke negeri itu selepas menentang pasukan ATM di Selayang malam tadi mengalami kebakaran dalam satu insiden pagi ini.
Malindo Air dalam satu kenyataan media memberitahu, pesawat tersebut mengalami insiden kebakaran itu sewaktu berada pada ketinggian 7,000 kaki.
“Sistem pengesan kebakaran pesawat diaktifkan dan dengan segera krew penerbangan membuat senarai semak kecemasan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal keadaan.
“Kapten penerbangan membuat keputusan berpatah balik ke Subang dan pesawat itu berjaya didaratkan dengan selamat di Subang. Tiada sebarang insiden kecederaan dilaporkan. Kesemua penumpang dipindahkan ke penerbangan lain ke terengganu,” menurut kenyataan itu.

Menurut Malindo Air, punca kejadian itu dalam siasatan dan insiden itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan.
Media hari ini melaporkan pemain pasukan Terengganu berhadapan detik cemas apabila pesawat yang dinaiki mereka selepas menewaskan ATM 3-0 terpaksa berpatah balik akibat injin terbakar.
Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri turut merakam gambar kebakaran enjin tersebut. – MYNEWSHUB.MY


1 ulasan:

Portal Sukan Ragbi Malaysia | Berita | Kalendar Acara Ragbi | Foto Kejohanan | Video - www.sukandaily.com.my


Keputusan Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2014
Minggu Ke-5: 22 & 23 Mac 2014
UITM LIONS vs NS Wanderers 31-05
ATM JLJ vs POLITEKNIK MERLIMAU 29-03
ASAS vs RMP PERAK 20-07
SSTMI vs KERIS CONLAY 13-05
SERDANG ANGELS vs RSC DOG 28-00

Klik Disini>>Keputusan Sepenuhnya





Foto-Foto Kejohanan Ragbi Malaysia

Kejohanan Ragbi Liga Super KRM 2014

Kejohanan Ragbi Piala Agong 2013

Kejohanan Ragbi Liga Super KRM 2013



Klik Disini>>Lain-lain foto sepenuhnya





Video Kejohanan Ragbi Malaysia

HSBC Asian Rugby Sevens Series: Malaysia Sevens 2013 - Malaysia vs Thailand

HSBC Asian 5 Nations 2013 - Akhir: Malaysia vs Singapura

Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2013: Akhir Cup - Keris Conlay vs UiTM Lions




Klik Disini>>Lain-lain video sepenuhnya

Reply