[ Gambar ] Ustaz Azhar Idrus melawat Syamsul di Hospital , nikah hari ini !

Syamsul Yusof telah disahkan menghidap demam denggi, keadaan pengarah KL Gangster ini dikatakan masih belum pulih sepenuhnya, sehingga ke hari ini, Syamsul Yusof masih ditahan di wad sedangkan majlis pernikahannya dengan Puteri Sarah Liyana akan berlangsung hari ini,walaupun ada ura-ura akan ditunda, ibu kepada Syamsul mengesahkan yang majlis esok akan berjalan seperti yang dirancang.
Penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus sempat meluangkan masa melawat selebriti popular tersebut di wad Hospital, mungkin Syamsul di beri kata-kata semangat oleh Ustaz Azhar, yang mana Syamsul merupakan selebriti yang kerap bersama Ustaz Azhar didalam ceramah-ceramah yang di lakukan oleh Uztaz Azhar Idrus.

Semoga cepat sembuh admin ucapkan untuk Syamsul dan pada Puteri Sarah Liyana yang bakal bergelar isteri Syamsul banyak bersabar menghadapi dugaan ini, Selamat pengantin Baru Syamsul dan Sarah jika Majlis tersebut jadi berlangsung hari ini.