[ Gambar ] Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar !

Kuantan:Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila tiga rumah yang mereka duduki lebih 20 tahun musnah terbakar di Kampung Tanjung Lumpur, di sini. 

Kejadian kira-kira jam 10 malam tadi menyebabkan kerugian hampir RM100,000 apabila barang seperti perabut,dokumen penting dan perkakas elektrik gagal diselamatkan. 

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi, Borhan Husin berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 10.30 malam tadi dan mengambil masa lima minit untuk tiba ditempat kejadian. 

Katanya, semua 15 mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki terselamat berikutan tiada di rumah masing-masing apabila kebakaran berlaku. 

Seramai 20 anggota dan dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan. Credit BH