[ Gambar ] #PRAY4MH370 : Rakit getah di jumpai namun terus tenggelam di laut ?

Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370.

Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan.
Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu. 
Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan... ? 
Bagaimana bukti yang di cari-cari gagal diselamatkan oleh pihak APMM dan di biarkan tenggelam begitu sahaja, sendangkan nelayan tersebut sudah cuba sedaya upaya untuk selamatkan objek tersebut, ini yang menjadi persoalan orang ramai yang membaca artikal di akhbar-akhbar terkini. Credit Harian Metro.


5 ulasan

macam tak logik jer terus tenggelam...

Reply

Memang tk logik..alasan yg di bagi..bukti boleh biar mcm tu ja...mustahil benda tu boleh tengelam..tak masuk di akal

Reply

its weird!! takkan bleh tenggelam cam tu je sedangkan nelayan tu boleh angkat ke tahap tu. Atleast mesti ada gambar atau video masa pihak APMM cuba mengangkat objek tu sebelum tenggelam?? even nelayan tahu ambil gambar untuk sebagai bukti. or maybe they just try to cover up something!!!

Reply