[ Gambar ] Mayat 2 pelajar yang lemas di Sungai Lebir Manik Urai di temui !

Kuala Krai: Mayat dua remaja yang lemas ketika mandi di Sungai Lebir, petang semalam, berjaya ditemui jam 8.50 pagi tadi, mangsa adalah Nurul Akmal Roshid, 15 dan Nursyafiqah Syaurah Mohd Yusof, 13.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superitendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, mayat Nurul Akmal ditemui jam 8.35 pagi dan kedua jam 8.55 pagi.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui kira-kira enam meter dari tempat kejadian.Al-fatihah dan salam takziah untuk keluarga mangsa.