[ #F1Sepang14 ] 6 Gambar kemeriahan F1 Sepang, Pelumba Petronas Juara 1 dan 2 !

SEPANG: Acara F1 Sepang patang tadi berakhir dengan kemerihan yang mana Pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton berjaya mencatat kejayaan pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas lapan kali beraksi pada  Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia.

Manakala rakan sepasukan  nya Nico Rosberg yang meraih tempat kedua berjaya menyekat pelumba Red Bull, Sebastian Vettel daripada memintas Hamilton, Sebastian Vettel memenangi tempat ke tiga.

Detik lebih manis kali ini adalah mereka juara di laman sendiri yang mana PETRONAS Syarikat Petroleum Negara  adalah penaja utama untuk pasukan Mercedes AMG Petronas.

Jom layan gambar menarik di sekitar F1 Sepang 2014 petang tadi :-





Lebih menarik, kedua-dua pelumba Mercedes ini mendominasi litar bukan sahaja pada aksi perlumbaan ini tetapi turut menguasai kedudukan kelompok ketiga terbaik sepanjang sesi latihan dan juga saingan kelayakan pada Jumaat dan Sabtu.

Hamilton dan Rosberg bakal meneruskan kejayaan mereka di Grand Prix Bahrain bagi pusingan ketiga F1  pada 4-6 April ini .