[ Dunia ] Bila mengandung saya nampak lebih seksi - Tamara Ecclestone

Tamara Ecclenstone mengabadikan kenangan nya semasa mengandung dengan mengambil gambar dikala lagi seminggu ini melahirkan cahaya matanya.
Model glamor dan bekas bintang majalah Playboy, Tamara Ecclestone kelihatan tidak lagi segan untuk mempamerkan perutnya yang kian membuncit.
Anak kepada bos Formula Satu, Bernie Ecclestone itu sebelum ini berusaha sedaya upaya bagi menyembunyikan susuknya yang sedang mengandung dengan pakaian-pakaian yang di tempah khas daripada pereka tersohor.

Tamara dan bapanya Ecclestone

Tetapi menjelang hari kelahiran bayinya yang pertama, Tamara telah mengambil keputusan berani untuk memuat naik satu gambar bogel di profil Instagram peribadinya dengan kapsyen, "Hanya satu minggu lagi".

Gambar tersebut memaparkan gadis berumur 29 tahun itu tanpa seurat benang sementara bahagian-bahagian sulitnya disembunyikan dengan hanya menggunakan tangan.

Gambar berkontroversi itu bagaimanapun diterima baik oleh para peminat Tamara yang memuji tindakan "beraninya”. Credit stadiumastro