[ Dunia ] 5 Gambar 63 cedera, 2 maut dua apartmen di Manhattan New York runtuh !

New York: Satu letupan kuat berlaku dan meruntuhkan dua bangunan di Park Avenue di Harlem Timur, Manhattan, malam tadi (waktu Malaysia).
Menjelang tengah malam, sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan cedera ringan, Visual agensi berita menunjukkan asap tebal berkepul-kepul naik dari kawasan petempatan itu, Jurucakap bomba berkata, perkhidmatan komuter yang melalui kawasan berkenaan digantung sementara.




Dua bangunan runtuh sama sekali dan kami berharap tiada sesiapa berada di dalamnya,” katanya, sumber perubatan pula berkata, seorang mangsa mengalami trauma serius sedang dirawat dan dijangka ada sekurang-kurangnya seorang lagi pesakit seumpama akan dibawa ke situ. 

Saksi berkata, mereka terdengar satu letupan kuat di bangunan apartmen enam tingkat kira-kira jam 9.30 malam (waktu tempatan). 

Katanya, asap keluar dari atas bangunan dan runtuhan bangunan bertaburan di sekitar kawasan berkenaan,  “Tingkap bangunan di sekitar lokasi pecah bertaburan akibat daya letupan yang kuat,” katanya. 

Sehingga malam tadi, tidak dapat dipastikan sama ada bangunan itu didiami tetapi ia terletak di antara dua bangunan kediaman. - Agensi 


1 ulasan:

tiba2 teringat tragedi highland tower...

Reply