[ Ceria ] Demi anak Erra Fazira dan Ex Suami bersatu !

Demi anak selebriti jelita Erra Fazira dan Ex Suaminya bersatu - Pujian seharusnya diberikan kepada Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran yang tetap 'sporting' apabila sanggup meluangkan masa bersama-sama untuk menganjurkan majlis ulang tahun kelahiran anak tunggal mereka, Engku Aleesya yang kelima, baru-baru ini.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan di laman sosial, mereka tidak kekok untuk bergambar bersama malah kelihatan seperti sebuah keluarga yang bahagia sekali. 
 
Lebih menarik, menerusi akaun Instagramnya, Engku Emran turut mengucapkan ucapan hari lahir untuk Aleesya dengan memuat naik fotonya bersama Erra ketika di awal perkahwinan mereka.

Tahniah admin ucapkan kepada Erra dan Engku Emran kerana tetap bersikap profesional demi memastikan kebahagiaan anak mereka, semoga mereka terus bahagia di samping kehidupan mereka bersama anak nya. Credit Media Hiburan 


2 ulasan

buat apa nk bermusuh kan... anak tu amanah, wpun dh x sebumbung kna juga didik amanah Allah tu sebaiknya...

Reply

Akak ingat dah rujuk balik hihi.
Laju laju je nak baca

Reply