[ Berita Sedih ] PM umumkan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi !

Hari ke 17 kehilangan pesawat MH370 dan malam ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu berita " SEDIH " dalam sidang akhbar khas malam ini beliau mengesahkan bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.
MH370 terbang ke koridor selatan dan berakhir di kawasan 2,500 kilometer dari bandar Perth, Australia.
“MH370 terbang ke koridor selatan dan posisi terakhir adalah di selatan Lautan Hindi.
“Dengan sedih saya ingin memaklumkan, dengan data baru ini, MH370 berakhri di Selatan Lautan Hindi,” katanya di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Jelas beliau, sidang media berkaitan perkembangan baru itu akan dibuat esok bagi memberikan lebih banyak maklumat.
Berita itu pasti menyedihkan pihak keluarga dan beliau meluahkan rasa simpati yang amat kepada semua waris mangsa.
Sama-sama kita berdoa dan berharap keluarga krew dan penumpang pesawat malang itu tabah mendengar berita sedih ini setelah menunggu selama 17 hari.