[ Al-fatihah ] Datuk Ali Mamak meninggal dunia 4.20 pagi tadi di HUKM !

Datuk Osman Jantan atau Ali Mamak, seorang pelawak yang cukup dikenali di era 80′an dengan sitkom ‘Santan Berlada’ telah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia jam 4.20 pagi tadi kerana kanser tahap kedua. Perkara ini juga disahkan oleh anak lelaki beliau, Sharol Nizam melalui Facebook peribadinya.

Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka  sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.
Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.
Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk pengebumian sebelum Zohor. Bersama-sama kita doakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah. Credit Abg Nara


2 ulasan

salam takziah and al-fatihah...

Reply

salam. al-fatihah..takziah.

Reply