[ Tips ] Cuaca panas: 5 tips kekal menawan bagi wanita !

Cuaca panas boleh menyebabkan anda rasa kurang selesa dan tidak ingin keluar dari rumah, sungguhpun begitu, anda tidak mempunyai pilihan kerana kerja, ke sekolah atau membeli-belah.

Jadi, bagaimana anda boleh kekal menawan dalam keadaan panas terik ini? 

Ikuti 5 tips atau cadangan ini untuk membantu mengharungi hari anda:

Pakaian ringan

Pilih pakaian yang boleh memberi kulit anda ruang untuk 'bernafas' dan meresap peluh badan. Pakaian yang diperbuat daripada kapas, linen dan rayon adalah antara yang paling sesuai dipakai ketika cuaca panas. Jika anda harus memakai blazer atau kot, tinggalkannya di dalam kereta atau pejabat apabila anda keluar. Ingat, bawa cermin mata hitam untuk lindungi mata anda sekali.

Solekan ringkas

Kaum wanita, anda mungkin perlu menggunakan pelembap muka serta 'foundation' muka yang berlainan. Contohnya, kulit berminyak, anda patut guna matte foundation yang mempunyai krim penghalang sinaran matahari. Ia adalah disyorkan untuk gunakan krim penghalang sinaran matahari SPF30 ke atas. Gunakan alat solek yang kalis air dan kalis peluh. Solekan ringkas boleh memberi pori-pori kulit bernafas dan anda masih boleh touch-up pada waktu tengahari. 

Jaga makan minum

jangan pula makan dengan gelojoh. Cuaca panas boleh memberi kesan buruk kepada badan anda jika anda alami keracunan makanan. Oleh itu, pilih makanan yang mempunyai bahan-bahan seperti limau, timun, bayam dan minum air jus tembikai atau cincau. Elak makan makanan yang terlampau pedas. Jika boleh, kurangkan minum kopi kerana kafein mengandungi asid yang boleh menaikkan suhu badan.

Penjagaan diri

Ia adalah dinasihatkan untuk membawa tuala kecil dan pencuci muka jika anda sering berada di luar pejabat atau menjalankan aktiviti luar. Anda boleh menyejukkan diri anda dengan meletakkan tuala kecil basah di leher dan muka. Jangan lupa untuk guna deodorant sebelum keluar! Gunakan bedak badan jika perlu. Oh ya, jika rajin, bawa payung untuk lindungi diri anda!

Rehat yang secukupnya

Ingin rasa segar walaupun ketika cuaca panas? Rehat yang secukupnya apabila anda sedang melancong terutamanya ketika cuaca panas. Pastikan anda tidur lebih tujuh jam supaya badan anda tidak terlalu penat. Kurang tidur menyebabkan anda rasa letih, lesu dan tidak mempunyai air yang mencukupi untuk organ-organ badan berfungsi dengan baik.tq



1 ulasan:

elak berada di luar pada cuaca terik .

Reply