[ Terkini ] Profail lelaki 44 tahun yang kelar anak di Bangi !



Jenazah mangsa selamat di kebumikan - Al-fatihah

Difahamkan, suspek Norazman Mohammad, 44, yang sebelum ini bekerja dalam bidang teknologi maklumat (IT) telah berhenti kerja selama dua tahun namun bekerja sendiri dalam bidang pendawaian elektrik.
Malah, dia tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda kemurungan atau sakit serta rajin mengikuti apa sahaja program melibatkan komuniti di sekitar itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, suspek, Norazman Mohammad, 44, bertindak di luar batas kemanusiaan apabila mengelar leher tiga anaknya sehingga mengakibatkan seorang daripada anak perempuan berusia tujuh tahun mati manakala dua lagi parah.
Penduduk mencerita kan kisah yang berlaku di hari kejadian , saya panik melihat anak jiran yang berlumuran darah  , tidak dapat di gambar kan mangsa Liyana berlumpuran darah di bahagian kepala dan leher.

Penduduk mencerita kan kisah yang berlaku di hari kejadian , saya panik melihat anak jiran yang berlumuran darah  , tidak dapat di gambar kan mangsa Liyana berlumpuran darah di bahagian kepala dan leher.

“Semasa kejadian, Liyana berjaya berlari keluar dari rumahnya untuk mendapatkan bantuan dan terserempak dengan cucu saya lalu membawanya ke dalam rumah kami".

Begitu ujar Mansor Isa, 74, ketika menceritakan detik panik semasa dia bertemu Liyana Norazman, 12, dalam keadaan berlumuran darah sebaik sahaja ditetak bapa remaja itu sendiri semalam.

Mansor berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur namun terjaga mendengar bunyi bising cucunya berusia 12 tahun dan terkejut melihat Liyana di sisinya dalam keadaan lemah dan berlumuran darah.

Katanya, isterinya segera membantu Liyana membersihkan luka sebelum kanak-kanak itu menceritakan kejadian menimpanya dan dua adiknya.

“Sebaik sahaja mendapat tahu cerita daripada Liyana, saya panik dan bergegas ingin ke rumah mangsa tetapi dihalang Liyana kerana dia menyatakan bapanya masih memegang parang.

“Saya dinasihatkan cucu agar segera pergi mendapatkan pertolongan jiran yang lain selain menghubungi polis. Jiran-jiran kemudian membantu membawa mangsa ke hospital," katanya ketika ditemui di sini hari ini.sumber