[ Terkini ] Perompak mati dihentak dengan batu !

Kuala Lumpur: Seorang penjenayah yang merompak sebuah stesen minyak ditemui mati dibunuh di sebuah jalan masuk Kampung Delima, Jinjang di sini, malam tadi.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, suspek yang belum dikenal pasti dan bersenjatakan parang memasuki premis itu dan melarikan sejumlah wang tunai dan puluhan kotak rokok.
Orang awam yang menyedari kejadian itu dikatakan bertindak mengejar dan memukul suspek sehingga mati.

Suspek meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di muka dipercayai akibat dipukul dengan batu.sumber


2 ulasan

al-fatihah dan pengajaran kepada semua ni...

Reply

mati katak akhirnya ...

Reply