[ Terkini ] Lelaki kelar anak di dakwa dalam wad Hospital Kajang hari ini !

KAJANG: Seorang bapa didakwa di Hospital Kajang, di sini, sebentar tadi atas tuduhan membunuh anak perempuannya di rumahnya di Bandar Baru Bangi minggu lalu dan dua tuduhan cubaan membunuh.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan bagi tuduhan pertama daripada tertuduh, Norazman Mohammad, 43, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Jalil Salam dari Mahkamah Majistret Kajang.
Dakwaan itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya S Abirami mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,sebutan kes ditetapkan pada 25 Februari ini untuk kehadiran tertuduh ke mahkamah.sumber


2 ulasan

bila perasaan insaniah itu sudah hilang ... bersalah jadi tak rasa bersalah !

Reply