[ Terkini ] Kegembiraan Tahun Baru Cina bertukar tragedi !

KOTA BHARU 4 Feb. - Kegembiraan sebuah keluarga menyambut perayaan Tahun Baharu Cina bertukar tragedi apabila tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami hangus terbakar di Kampung Cina, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini petang tadi.

Dalam kebakaran yang melibatkan dua premis pada kira-kira 5.45 petang itu, turut menyebabkan dua kenderaan Proton Saga dan Perodua Kancil yang diletak di hadapan premis yang terbakar itu hampir musnah.

Mangsa, Ko Ting Beng, 56, berkata, ketika kejadian kebakaran tersebut dia, isteri dan lima orang anaknya tiada di rumah.

Katanya, ketika kejadian tersebut berlaku dia berada di Jalan Kuala Krai selepas pulang mengunjungi seorang kenalan yang sakit.

"Selepas dimaklumkan oleh salah seorang anak yang tiba di rumah lebih awal, saya terus bergegas pulang.

"Walaupun tinggal sehelai sepinggang, namun saya tetap bersyukur kerana tiada siapa (keluarga) yang berada di rumah ketika kejadian.

"Sebuah lagi rumah yang turut terbakar merupakan pusat latihan tarian singa selepas pemiliknya berpindah dan menyewakan rumah itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.sumber