[ Terkini ] Jangan sentuh Lee Chong Wei untuk PRK Kajang - Khairy Jamaluddin !


KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini berkata beliau tidak membenarkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei 'disentuh' oleh mana-mana pihak yang ingin meletakkannya sebagai calon pilihan raya kecil Kajang.

"Jangan sentuh Lee Chong Wei. Beliau merupakan aset negara. Sebagai Menteri Sukan saya tak benarkan,“ kata Khairy dalam laman Twitternya tengah hari tadi apabila ditanya samada boleh atau tidak Chong Wei menjadi calon PRK Kajang.




MCA semalam telah memaklumkan akan meneliti semua cadangan termasuk meletakkan Chong Wei sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N-25 Kajang.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak menolak kemungkinan tersebut kerana katanya populariti Chong Wei mungkin boleh membantu memberikan kemenangan kepada BN di kerusi tersebut.sumber