[ Sukan ] Syafiq Rahim ketepikan bulan madu fokus dengan Harimau Malaya !

Bekas Kapten Bolasepak Harimau Malaya yang baru melangsungkan perkahwinan dengan pemain Boling Kebangsaan Zandra Azila ketepikan bulan madu bersama isteri tersayang untuk fokus bersama skuad Harimau Malaya dalam baki perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015.

Walaupun Syafiq tidak lagi memegang tugas sebagai Kapten Skuad Harimau Malaya, yang mana tugas tersebut kini di beri kepada pemain pertahanan ketal Aidil Zafuan di bantu oleh penjaga gol Kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat seperti yang di umum kan oleh jurulatih Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee.
Syafiq akan terus fokus untuk pasukan Harimau Malaya yang mana beliau dan Aidil adalah rakan sepasukan di JDT, dia akan membantu Aidil sebaik mungkin demi Harimau Malaya, pada 1 March ini Skuad Harimau Malaya akan menetang Filipina dalam perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di Selayang.

Perlawanan yang menjadi tumpuan nya adalah sesi kelayakan Piala Asia 2015, yang mana pada 22 March Harimau Malaya akan menetang Yemen di Kuala Lumpur, Selamat Maju jaya untuk Syafiq dalam kerjaya bolasepak nya dan selamat berbahagia bersama isteri tercinta Zandra Azila.