[ Sukan ] Profil : Hafiz Kamal permata baru Tok Gajah !

Nama Mohd Hafiz Kamal meniti di bibir peminat -peminat Bolasepak Pahang, Pemain yang berusia 27 tahun ini memberi kemenangan bergaya untuk Skuda Tok Gajah dalam pertemuan dramatik dengan skuad Harimau Selatan Johor Darul Takzim malam tadi di laman mereka.

Jika tahun lepas nama Fauzi Roslan setiasa meniti di bibir peminat-peminat tok gajah, yang mana pemain itu beraksi baik dalam Liga Malaysia , sehingga di panggil oleh Datuk K.Rajabola untuk disenaraikan dalam Skuad Kebangsaan.

Mungkin kah Hafiz Kamal juga akan di panggil oleh Jurulatih skuad kebangsaan ketika ini Datuk Ong Kim Swee untuk mewakali Skuad Kebangsaan dalam cabaran baki perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 yang akan datang yang mana skuad kebangsaan akan menentang Yemen.


Profil Hafiz Kamal 

Nama : Mohd Hafiz Kamal 

Umur : 27 Tahun

Tarikh Lahir : 09 Julai 1987

Posisi : Tengah 

Tempat Lahir : Pantai Remis Perak


Pasukan terkini : Pahang FA

Ketika perlawanan dilihat akan berakhir dengan keputusan seri, Mohd. Hafiz Kamal berjaya menghadiahkan tiga mata berharga kepada Pahang apabila menjaring gol kemenangan selepas menanduk bola hasil sepakan percuma oleh Azidan Sarudin pada minit-minit terakhir perlawanan,keputusan Pahang 3 JDT 2 kekal sehingga tamat perlawanan.