[ Sukan ] Pkns FC mahu tewaskan TRW, apa pun TRW janji bangkit !

Jurulatih  PKNS FC, Wan Jamak Wan Hassan mahu memastikan pencapaian skuad Semut Api ketika menewaskan Kelantan dalam saingan Liga Super Bulan lalu dapat dijelmakan lagi pada pertembungan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini.
Katanya "Kalau ikutkan hati memang kami mahu membuatkan TRW gigit jari buat kali kedua. Apa pun, kami akan cuba melakukan yang terbaik.

Manakala bagi Kelantan pula pertemuan terakhir menentang PKNS di Kota Bharu bulan lepas, TRW tewas 1-2 selepas PKNS FC bangkit dengan dua gol pantas.

Tidak mahu rekod lampau dijadikan ukuran, TRW perlu pantas bangkit dari kekalahan lepas jika tidak mahu misi hatrik Piala FA hancur berkecai.

Selamat berjaya untuk kedua-dua pasukan , saksikan Siaran Langsung di Astro Arena 08.45 malam nanti.


1 ulasan:

hoho..
mmg sengit nie..
PKNS tengah naik.
TRW tengah mencari rentak.

Reply