[ Sukan ] Paulo Rangel mahu musnah hajat JDT !

JOHOR BHARU : Kelibat Paulo Rangel bakal menjadi igauan buruk buat Johor Darul Ta’zim (JDT) andai tidak menghalang kepantasan penyerang import Selangor itu apabila kedua-dua pasukan bertembung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini malam ini.

Ini diperakui pengendali skuad Harimau Selatan itu, Cesar Ferrando Jiminez yang menganggap pemain itu mampu melenyapkan impian pasukannya untuk mencipta kemenangan menerusi kawalan ketat sepanjang perlawanan.

Selangor ada penyerang terbaik iaitu Paulo Rangel. Sebab itu saya harus pastikan benteng pertahanan JDT tidak leka dan mengawasi pergerakannya dengan rapi.

Kita sudah mengharungi Piala FA dan catat kemenangan,kejayaan itu saya mahu lupakan kerana aksi menentang Selangor amat penting untuk mencari tiga mata memandangkan kedudukan pasukan di liga agak tertekan. 

Saya percaya kepada pemain JDT. Mereka ada sikap positif yang mampu meningkatkan kembali prestasi permainan sekali gus tidak mustahil peluang catat kemenangan agak cerah. 

Namun saya tidak mahu terlalu selesa sebaliknya perlu berwaspada,” kata pengendali itu.tq