[ Sukan ] Motif Irfan Ghani : Buat sidang akhbar, Hilangkan diri , Bersumpah , Letak jawatan , Bersara ?


Ini lah kronologi apa yang di alami oleh bekas Pemain T.Team Ifran Ghani , ramai yang menjadi tanda tanya mengapa irfan berbuat sedemikian.
Semalam Irfan menghantar surat peletakan jawatan sebagai pemain T-Team pada 4 Feb lepas berbuat demikian dalam satu sidang media di sebuah restoran di sini.
Tindakannya itu menyusuli upacara bersumpah menggunakan al-Quran yang dibuat oleh seorang pemain dan penolong jurulatih T-Team di Kuala Terengganu, malam kelmarin, berhubung insiden sama.
Mengulas kejadian, Irfan, 25, berkata beliau terdengar kekecohan di dalam terowong pemain semasa tamat separuh masa pertama perlawanan, namun tidak nampak apa yang berlaku.
Katanya semasa berada di dalam bilik persalinan kemudian, beliau mendengar pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impligazzo mendakwa dipukul ketika di dalam terowong itu.
"Daripada pemerhatian saya sendiri semasa di dalam bilik persalinan tersebut, saya lihat tiada sebarang tanda bahawa Evaldo dan Stefano telah dipukul," katanya.
Susulan kejadian itu juga Irfan membuat keputusan 'menggantung but' dan bersara daripada arena bola sepak buat sementara waktu.
Katanya langkah itu juga bagi membolehkan beliau menjaga ibunya yang sedang sakit.
"Saya akan cuba mencari pekerjaan lain memandangkan saya telah bersara daripada bermain bola sepak," katanya.
Admin berharap apa yang dibuat Irfan tu mugkin jalan yang betul untuk beliau , namun amat sayang sekali beliau menamatkan kan kerjaya beliau sebagi pemain bolasepak dengan cara macam ini.
Beliau masih muda prestasi sedan memuncak mengapa beliau boleh membuat keputusan untuk bersara awal, apa-apa pun itu pilihan anda semua orang kena menghormati.





1 ulasan:

SEBAB DIA TAKUT.......... TU YANG SANGGUP GANTUNG BUT.........

Reply