[ Sukan ] Mat Yo batal tunai umrah, U turn lapor diri di FAM !

KUALA LUMPUR - Selepas seminggu mengejutkan peminat bola sepak tempatan dengan enggan menyertai latihan skuad Harimau Malaya atas alasan peribadi, Norshahrul Idlan Talaha membuat satu lagi kejutan apabila kembali melaporkan diri di Wisma FAM, semalam.

Kemunculan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut mengejutkan pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee,.

Menurut Kim Swee, beliau dan pengurus, Datuk Seri Subahan Kamal hanya menerima panggilan pada waktu tengah hari yang menyatakan penyerang kebangsaan itu mahu kembali menyertai latihan.

Malah, pemain berusia 27 tahun itu sanggup membatalkan urusan pemergian ke umrah yang dijadualkan pada 3 Mac ini, sekali gus membuka ruang kepada Kim Swee menggunakan khidmatnya mengepalai jentera serangan negara pada aksi persahabatan menentang Filipina, 1 Mac.

Norshahrul juga boleh beraksi pada kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen pada 5 Mac.
Saya baru mendapat panggilan pada waktu tengah hari ini dan selepas berbincang dengan Subahan, kami menerima alasan yang dikemukakan oleh Norshahrul.

Apa jua alasannya, saya tidak boleh dedahkan kerana terlalu peribadi, namun pada sesi latihan petang ini, dia nampak begitu fokus kerana segala masalahnya telah diselesaikan, kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.

Kehadiran Norshahrul atau Mat Yo pasti memberi kelegaan kepada Kim Swee setelah meratapi kehilangan Azamuddin Mohd. Akil yang diketepikan kerana kecederaan di pergelangan kaki kanan.

Apa yang pasti dengan adanya Mat Yo, saya berasa cukup gembira kerana semua orang tahu kehebatan yang dia ada dan memberikan saya banyak pilihan di barisan hadapan selain adanya Safee Sali, Amri Yahyah, Fakri Saarani dan Bobby Gonzales.

Saya telah maafkan apa yang dia lakukan dan ini masanya dia balas peluang kedua yang saya berikan, saya harap dia tidak menghampakan harapan semua pihak termasuk peminat, katanya.
Sebelum ini.

Mat Yo mengambil keputusan untuk tidak menyertai skuad kebangsaan atas alasan misteri dan tidak mahu didedahkan kepada umum sehingga membuat Kim Swee berasa berang.

Malah, Kim Swee mengakui beliau ada terfikir kemungkinan besar tidak akan memanggil Mat Yo selagi masih bergelar jurulatih Harimau Malaya. credit Utusan 



2 ulasan

nak tahu sedikit tentang ilmu it,jenguk-jenguk la blog saye :)

Reply

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Reply