[ Sukan ] Kelantan Kalah : Apex bengang peminat kutuk dan salahkan anak !



Seperti yang diketahui umum, baru-baru ini, pasangan sensasi Khairul Fahmi dan Leuniey baru saja menimang cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Kayla Elayna.

Namun semalam, pasangan ini telah melahirkan rasa terkilan terhadap sikap individu yang menyalahkan kelahiran anak sulung mereka sebagai penyebab kekalahan pasukan Kelantan baru-baru ini.
Menerusi perkongsian gambar di Instagram miliknya, Apex melahirkan rasa kesal atas kata-kata yang dilemparkan kepada anak mereka.
Apex yang kecewa dengan tindakan tersebut menyifatkan perbuatan itu sebagai kurang ajar dan individu itu tidak sepatutnya mengaitkan kekalahan pasukan Kelantan dengan anaknya.
Selain itu, isterinya Leuniey turut memuat naik komen yang dilemparkan oleh peminat itu dalam akaun Instagram miliknya.
Sementara itu, rata-rata peminat pasangan ini turut marah dengan sikap individu terbabit yang dikatakan tidak profesional dan melampau.OB


1 ulasan:

kalah menang adat pertandingan, tak ada kena mengena dengan kelahiran anak pun, apalah diaorang ni...

Reply