[ Sukan ] Insiden Larkin : MB Terengganu berang dengan keputusan FAM !

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said nyata berang dengan tindakan FAM memberi kemenangan pada Johor Darul Takzim , yang mana mereka menyalahkan pasukan T.Team yang konon nya enggan meneruskan perlawanan.

Saya sangat kecewa dengan keputusan FAM. Terengganu tak sebodoh itu kerana enggan meneruskan perlawanan, ini adalah kerana faktor keselamatan. 

Kalau tidak kerana faktor keselamatan, kerana apa?

Sebab polis Johor sanggup iringi skuad Terengganu sampai ke sempadan Mersing dan minta jangan pakai jersi Terengganu. 

Apakah itu bukan kerana soal keselamatan? 

Saya akan meminta pemain-pemain T-Team bersumpah dengan al-Quran depan saya untuk kebenaran. Mungkin Isnin atau selasa ini.

Itu lah luahan Meteri Besar itu yang nyata kecewa dengan apa yang berlaku terutama tindakan FAM yang nampak tidak berpihak pada mereka. 

Beliau juga kesal denagn tindakan pemain pasukan T.Team Irfan Ghani yang membuat kenyataan seseolah pasukan mereka sengaja tidak mahu meneruskan perlawanan , yang mana Irfan mendakwa tiada sebarang kecederaan pada pemain T.Team.

Dia tidak menolak kemungkinan untuk menyuruh pemain-pemain T.Team termasuk Irfan bersumpah di hadapan Al-Quran demi mencari kebenaran.