[ Sukan ] 7 Gambar Kelantan Vs Yangoon United Piala AFC - Cuaca panas sukar kan TRW !

PASUKAN Kelantan di kecewa kan Yangon United cuaca panas di sana ternayata menyukarkan skuad TRW, selepas kalah 3-5 kepada wakil Myanmar, Yangon United pada aksi pembukaan kumpulan G, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Thuwunna, Yangon, hari ini.
    
Ketiadaan beberapa pemain import termasuk Mohamed Ghaddar dan Mohamed Shawky yang dilanda kecederaan, nyata memberi kesan kepada skuad 'The Red Warriors' pada perlawanan berkenaan selepas pengendali mereka, Steve Darby hanya menurunkan Obinna Nwaneri di barisan pertahanan.





Kyaw Ko Ko muncul wira pasukan tuan rumah selepas meledak jaringan hatrik pada minit ke-28, 52 dan 89 manakala dua lagi gol disumbangkan penyerang dari Brazil, Emerson Reis Luiz pada minit kelapan dan 45, demikian menurut laman web AFC;www.the-afc.com.
    
Tiga gol Kelantan dijaringkan oleh Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-47 dan kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi (minit ke-63 dan 94).
    
Terdahulu, mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas penyerang, Ahmad Shakir Mohd Ali dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Lee Min Hu dari Korea Selatan kerana melakukan kekasaran ke atas pemain lawan.
    
Dalam satu lagi perlawanan, pasukan South China dari Hong Kong gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri selepas kalah 1-3 kepada kelab dari Vietnam, XM Vissai Ninh Binh di Stadium Hong Kong.
    
Pada aksi kedua kumpulan 12 Mac ini, Kelantan akan melayan kunjungan South China di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu manakala XM Vissai Ninh Binh berdepan Yangon United di Stadium Ninh Binh. - Credit Bernama


1 ulasan:

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Reply