[ info ] Wanita muslim maut skaf tersangkut di eskalator !

Seorang wanita terbunuh di eskalator stesen keretapi  Metro Fabre di Montreal, Kanada sekitar jam 9 pagi semalam apabila selendang dan rambutnya tersangkut pada eskalator terbabit. Apabila menyedari skafnya tersangkut, dia membongkok untuk menariknya keluar skafnya akan tetapi rambutnya pula tersekat. Orang ramai cuba membantu menarik skafnya keluar tetapi dia akhirnya tidak sedarkan diri apabila sampai di hujung eskalator.
Naima Rharouity, 47, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Wanita ini dan keluarganya berhijrah ke Kanada dari Maghribi setahun setengah yang lalu bersama suami dan anak-anak lelakinya yang berumur 5 dan 8 tahun. Beliau merupakan sukarelawan untuk ProJET Villeray dans l’Est, pusat komuniti yang membantu keluarga imigran yang berhijrah ke Kanada.  Semasa kemalangan itu berlaku, suaminya dalam perjalanan kembali ke Maghribi kerana ibunya telah meninggal dunia.
Menurut saksi di tempat kejadian, tidak pasti sama ada skaf atau tudungnya yang tersangkut pada eskalator kerana sewaktu itu ada wanita Muslim lain dan dia berkata agak mustahil tudung boleh tersangkut pada eskalator kerana ianya dipakai di dalam kot musim sejuk dan ditutup oleh selendang panjang.Al-fatihah sumber


3 ulasan

al-fatihah dan salam takziah...

Reply

Al - Fatihah . Bila ajal menjemput ...

Reply