[ Ngeri ] Gambar lelaki maut terkena serpihan mercun di muka !


Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 36 tahun maut dipercayai mangsa pertama mercun tahun ini dalam kejadian di Permas Jaya, di sini, malam tadi.  

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam , mangsa Sze Joo Choon yang berkerja sebagai pembantu am sebuah kilang maut selepas mengalami kecederaan parah di muka.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkata mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.30 pagi tadi ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).sumber