[ Ngeri ] 3 Gambar sepasang kekasih maut kereta dirempuh bas !

KOTA KINABALU: Dua pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah yang merancang untuk bertunang meninggal dunia di tempat kejadian dalam perlanggaran di antara sebuah kereta dan sebuah bas ekspres di Menggatal.
Rakan-rakan mereka berkata, Shazwan Hazlami Sharidzuan, dari Sandakan dan Norashila Abdullah, dari Miri, kedua-duanya berusia 23 tahun, telah menyatakan rancangan untuk bertunang selepas menamatkan pengajian dari kursus ijazah Pengurusan Perniagaan mereka.
Mereka kedua-duanya amat komited dalam pelajaran dan juga merancang untuk bertunang dan mencari kerja bersama-sama selepas konvokesyen pada bulan September,” kata rakan mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Ajil, di Hospital Queen Elizabeth.
Dalam kejadian pada pukul 8 malam Ahad, sebuah bas ekspres yang membawa 38 penumpang merempuh kereta yang dinaiki Shazwan dan Norashila.
Saksi berkata, bas terbabit, yang dalam perjalanan ke Tawau dari Kota Kinabalu menyeret kenderaan itu kira-kira 200 meter,pasangan itu meninggal dunia akibat kecederaan dari kepala hingga kaki, mayat di hantar ke Hospital untuk tindakan selanjutnya , Al-fatihah. Credit Mstar,Theborneopost.