[ Ngeri ] 3 Gambar Lelaki bunuh diri akibat frust cinta di tolak !

Bayan Lepas: Kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki membunuh diri dengan menggantung diri di pokok berhampiran kilang tempat kerjanya di Zon Perindustrian Bebas (FIZ), di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 20-an berasal dari Nepal ditemui dalam keadaan tergantung di pokok oleh seorang pengawal keselamatan sebelum dia memaklumkan kejadian terbabit kepada polis.
Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang baru selesai bekerja di kilang berhampiran bertemu dengan teman wanitanya sebelum mereka dikatakan bertengkar.
Hasil siasatan mendapati mangsa cuba berbincang mengenai hubungannya bersama teman wanitanya, namun cintanya ditolak wanita terbabit membuatkan dia kecewa.
Mangsa kemudian menggantung diri di atas pokok dengan kain hitam sebelum mayatnya ditemui seorang pengawal keselamatan, katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian pekerja kilang itu. Credit HM