[ Maksiat ] Kantoi memadu asmara di malam Valentine !

Makin di cegah makin banyak yang berlaku, sepasang kekasih di cekup pihak berkuasa ketika asyik memadu asmara di bilik hotel konon nya mereka meraikan hari kekasih dengan membuat dosa.

Ikuti kisah di Sinar Harian : NILAI – “Emak dan ayah saya tidak kisah jika saya bersekedudukan kerana mereka tahu hubungan kami," kata seorang pemuda berusia 25 tahun, yang ditahan bersama teman wanitanya ketika sedang seronok memadu asmara di sebuah bilik di hotel di sini, malam kelmarin.

Pekerja sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur itu memberi alasan dia menginap di situ bersama kekasihnya dikenali sebagai ‘Ana’, 28, kerana mahu berehat sementara menunggu penerbangan ke Bangkok jam 6 pagi.

“Kami ‘check in’ jam 8 malam kerana pada jam 6 pagi saya mahu menghantar Ana ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Dia mahu ke Bangkok tonton perlumbaan motosikal di sana bersama rakan-rakannya, sementara itu kami berehat di sini,” katanya.

Menurutnya, mereka juga sudah merancang untuk berkahwin dan kini dalam proses mengumpul wang,“Keluarga saya tahu hubungan kami dan jika kami ditahan pada malam ini pun, mereka tidak kisah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, mereka antara tiga pasangan kekasih yang ditahan oleh penguatkuasa JHEAINS dalam Ops Valentine di dua buah  hotel berasingan di sini.


2 ulasan

malam valentine memang ramai ambil kesempatan...

Reply

Tak payah ckap mak ayah tak kisah lorr..mcm letak taik kt muka mak ayah jee..buat bodo sudahhh

Reply