[ Kecoh ] Artis program realiti popular dicekup mencuri !

Seorang artis lelaki kelahiran program realiti popular dicekup bersama tiga rakannya selepas dipercayai cuba menjual basikal curi sebelum perbuatan mereka dikesan polis yang melancarkan Op Cantas Khas.
Artis berusia 22 tahun itu ditahan bersama tiga rakannya jam 2.30 petang kelmarin di sebuah kafe di bandar raya ini bersama sebuah basikal jenis ‘Bianchi’ dipercayai barangan dicuri dalam kejadian di sebuah rumah di Kingfisher, Menggatal, dekat sini, Rabu lalu.
Difahamkan, semua suspek berusia antara 19 dan 27 tahun dikesan berada di kafe di Lintas sebelum dihampiri sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada 12 Februari lalu, mangsa dihubungi jirannya memaklumkan pintu belakang rumahnya terbuka dipercayai dipecah masuk.
Mangsa bergegas pulang ke rumah dan mendapati jeriji belakang dipotong sebelum mendapati keadaan rumah berselerak.
Pemeriksaan mendapati beberapa barang berharga miliknya termasuk mesin jahit elektrik, dua radio, jam tangan berjenama, kasut, pakaian, basikal lumba dan wang tunai hilang


1 ulasan:

Macam-macam kes sekarang ni kan.

Reply