[ info ] Tragedi lemas : 8 sahabat disedut pasir jerlus 3 di sah kan lemas !

Al-fatihah kepada 3 mangsa yang telah di jumpai lemas akibat disedut pasir jerlus di Segamat,kejadian dipercayai berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah ‘menyedut’, mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu bersama 11 rakannya, tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang.
Sehingga jam 11 malam tadi, tiga mayat ditemui iaitu Mohd Hafizul Daniel Norhashim, Mohd Zikri Zaidi dan Naz-rul Aminuddin, ketiga-tiga mayat itu ditemui dasar sungai berhampiran satu sama lain.

Daripada lapan remaja berkenaan, dua daripada mereka adalah adik beradik, iaitu Mohd Zikri dan abangnya, Mohd Zaki.

Empat lagi rakan mangsa, Mohd Shahrul Abd Halim, 14; Mohd Amerul Shah Ammar, 14; Hafizuddin Zamri, 15; Norshafila Abdullah, 16, terselamat kerana tidak terjun ke dalam sungai selepas melihat satu demi satu kawan baik mereka ‘ditelan sungai’.

Semua remaja berkenaan adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap,Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk So’iman Jahid, berkata lokasi mempunyai kedalaman lebih berbanding tempat lain kerana kegiatan mengorek pasir dilakukan di kawasan itu.berita lanjut di sini


2 ulasan

salam takziah dan al-fatihah...

Reply

cik anis ada pengalaman disedut tanah berlumpur dlm hutan mase jungle treaking...walau sebelah kaki je yg terbenam, rasa mcm nak ko dh..alhamdulillah cik anis ada kwan2 yg gagah perkasa tarik cik anis..huhuhu...bula tgk paper metro td, teringat pulak ...moga2 dorang dpt dijumpai..

Reply