[ info ] Telemovie pertama Felixia Yeap " Nikah Kita Bercinta " di Astro Ria !

Model jelita Felixia Yeap akan tampil dalam telemovie pertamanya ia itu " Nikah Kita Bercinta " , yang mana Felixia yang kini ayu bertudung akan berlakon bersama pelakon lelaki yang meningkat naik iaitu Azlee Khairi.

Bagi Felixia dia amat teruja dengan apa yang dia lakukan sekarang dia mengucapkan terima kasih pada  Kertas Ungu Production Sdn Bhd yang menyempurnakan telemovie ini dengan begitu baik dan penuh dedikasi sekali.

Dia juga mengucap terima kasih kepada Hero dalam drama itu Azlee Khairi yang seringkali membantu menghafal skrip bersama nya dan sentiasa sabar dengar krenah nya bila terlupa skrip atau tergagap.

Ikuti sedikit sinopsis mengenai Telemovie ini : Mengisahkan Nur Sharina yang patuh pada ayahnya yang menjodohkan dia dengan pekerja yang disukainya. Mereka bercinta selepas nikah.

Telemovie ini akan dsiarkan di Astro Ria, 27hb Februari pada 10pm , telemovie komedi romantik ini amat sesuai di tonton oleh semua golongan, Felixia mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya  teramat sangat dengan semua itu.



1 ulasan:

kena tengok ni..hehe

Reply