[ info ] Pusat urutan refleksologi tawar pakej ‘body to body’ (B2B) ?

Kes-kes yang membabitkan wanita-wanita warga asing yang di tahan di negara ini semakin hari semakin berluasa mereka berkhidmat dalam bidang pelacuran yang konon-konon nya menyediakan khidmat urutan refleksologi di sebalik itu juga mereka sediakan  pakej ‘body to body’ (B2B).

Ikuti pendedahan di Sinar Harian .

JOHOR BAHRU - Empat tukang urut wanita warga asing ditahan Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan di pusat urutan refleksologi di sini, kelmarin.

Serbuan jam 5 petang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Kharulanuar Abu Bakar itu disertai 15 anggota.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, kesemua wanita ditahan merupakan tiga wanita Indonesia dan seorang wanita Vietnam berusia 25 hingga 35 tahun.

“Serbuan dilakukan hasil aduan awam dan risikan. Semasa risikan, penjaga premis memaklumkan pusat urut berkenaan tidak menawarkan urutan biasa, sebaliknya hanya menawarkan pakej ‘body to body’ (B2B) dan khidmat seks.

“Mereka menawarkan khidmat ini dengan kadar bayaran RM160 hingga RM180. Harga bagi wanita Vietnam ini lebih mahal berbanding wanita Indonesia kerana bergantung kepada kecantikan serta paras rupa,” katanya, semalam.

Masri berkata, ketika anggota tiba, penjaga premis dan tukang urut terbabit cuba melarikan diri melalui pintu belakang dan bersembunyi di celah pintu bilik air, namun berjaya ditangkap kerana kawasan sudah dikepung.

“Kondom turut dijumpai di dalam bakul motosikal. Motosikal diletakkan di hadapan premis dan jika ada pelanggan, baru penjaga premis mengambil kondom.

“Selain itu, penjaga premis warga tempatan berusia 40-an ini ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing di dalam premis tanpa pas serta permit,” katanya.

Katanya, tukang urut wanita terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen atau pas yang sah ke negara ini selain Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas dan permit.

Kesemua wanita warga asing terbabit ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas untuk tindakan lanjut jabatan.

Yang pastinya mereka tidak serik untuk melakukan aktiviti ini walaupun di serbu dan di tangkap, mesti kerja yang mereka lakukan mendapat permintaan tinggi walaupun menyalahi undang-undang.


2 ulasan

dah banyak centre macam ni...

Reply

nak menghalalkan cara ...

Reply